Return & Refund Policy

Di NAS Alliance, setiap barangan yang dibeli melalui perkhidmatan personal shopper dipilih dan diperiksa dengan teliti sebelum dihantar kepada pelanggan.

Polisi Tiada Pemulangan & Bayaran Balik

  • Tiada pemulangan (return) atau bayaran balik (refund) dibenarkan selepas pembelian disahkan.

  • Semua barangan telah melalui proses pemeriksaan kualiti sebelum penghantaran dibuat.

  • Gambar dan maklumat produk akan dikongsi dengan pelanggan untuk pengesahan sebelum penghantaran.

Dengan meneruskan pembelian, pelanggan dianggap telah bersetuju bahawa barangan adalah dalam keadaan baik dan menepati kehendak sebelum dihantar.

Tanggungjawab Pelanggan

  • Pelanggan bertanggungjawab untuk menyemak gambar, saiz, warna dan butiran produk yang diberikan sebelum pengesahan akhir.

  • Sebarang perubahan atau pembatalan tidak dibenarkan selepas proses pembelian dan penghantaran dimulakan.

Kerosakan Semasa Penghantaran

NAS Alliance tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan atau kelewatan yang berlaku semasa proses penghantaran oleh pihak kurier.

Perubahan Polisi

NAS Alliance berhak untuk mengubah atau mengemas kini polisi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.